Dokumentari Ulama Nusantara: UIN al-Raniri Aceh

UIN al-raniri

Di Hadapan gerbang UIN al-Raniri

Dalam usaha memperoleh maklumat lanjut mengenai ulama Aceh, kami berkunjung ke Universiti Islam Negeri (UIN) al-Raniri, salah satu universiti terbesar di Aceh. Di sini kami temui dua dosen utama iaitu Prof. Dr. Yusni Sabi, yang mengkaji mengenai ulama Aceh dan Dr. Nordin yang mengkaji mengenai manuskrip Aceh, juga mantan pengarah Muzium Aceh. kami tidak janggal ke UIN ini kerana setahun sebelumnya kami telah datang ke sini dalam rangka seminar bersama UKM-UIN.

DSC_0107

Fakultas Adab, UIN al-Raniri, Aceh Jurusan Sejarah dan Kebudayaan Islam diajar di dalammnya

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mulyadi Kurdi: penulis muda prolifik

membaca buku-buku baru yang dihasilkan oleh penulis Aceh kita sering diperlihatkan dengan banyak sekali penulisnya ialah mulyadi kurdi

membaca buku-buku yang dihasilkan pasca thunami  kita sering dipertemukan dengan  nama mulyadi kurdi

DSC_0187 kedai roti

Dengan buku yang ditemui itu kami mencari siapa penulis ini. dengan bertanya kepada teman-teman di UIN al-Raniri diberitahu no kontaks penulis ini. Kami terus hubungi dan beliau menjemput ke kantornya. dengan perjalanan sekitar setangah jam kami sampai ke kantornya. terkejut kami melihat orangnya masih muda tidak sangka menulisya banyak sekali. memasuki ruang kantornya, pemuda yang mengepalai LKAS memperkenalkan kepada teman kanturnya yang hanya beberapa orang sahaja. kami ditunjukan buku yang dihasilkan di ruang yang tidak seberapa itu, masyalah penuh dengan buku yang kebanyakan penulisnya adalah mulyadi kurdi. spontan keluar dari mulutku macam mana bapak boleh menulis sebegini banyak, temannya mencelah, Pak Mulyadi ini luar biasa sekali orangnya, dalam kami berbual sambil minum kopi beliau boleh menulis.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Puteri Baitul Rahman

 

Wajahnya manis suaranya lunak mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim

Boleh dianggap sebagai Puteri Baitul Rahman. Ketika penggambaran lensa terfokus kepada gadis ayu ini. Wajah manis suaranya lunak mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim. itu salah seorang daripada peserta yang datang mengaji di Masjid Bait al-Rahman.

DSC_0321

Kegiatan pengajian menjadi aktiviti utama masjid Baitul Rahman. Ia diadakan pada setiap hari namun pada hari Ahad paling ramai. Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa semua datang mengaji membentuk kelompok masing-masing, ada yang kanak-kanak, ada dewasa dan ada yang lanjut usia. Ia dibuka kepada semua masyarakat di sekitar bandar Aceh, namun terdapat juga yang datang jauh dari pedalaman turut mengikuti pengajian diadakan. Para guru ada yang ditetapkan oleh masjid tetapi ramai juga di kalangan mereka ini golongan sukarelawan. Masyarakat Aceh menjadikan masjid Bait al-Rahman sebagai tempat liburan mereka di hujung minggu.

DSC_0318 DSC_0299

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dokumentari Ulama Nusantara: Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkili

Dikenali masyarakat Aceh dengan Syiah Kuala. Seorang Ulama Nusantara terulung

Kompleks Makam Shaykh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkili atau dikenali masyarakat tempatan dengan Syiah Kuala. Seorang Ulama Nusantara terbilang. kompleks ini terletak kira-kira 5 km dari Bandar Aceh.

DSC_0446 DSC_0449

Semasa kunjungan kami ke sini, kami dilayani oleh Pak Ramlan, pemegang kunci makam yang ada hubungan keluarga dengan Sheikh Abdul Rauf. Menurut cerita Pak Ramlah semasa Thunami melanda Aceh pada 2006 kawasan ini yang terletak betul-betul tepi pantai turut musnah, banyak makam yang berada di dalam kompleks ini rosak, namun makam Sheikh Abdul Rauf terselamat. disekeliling makam Sheikh Abdul Rauf ialah makam murid2 beliau antaranya Faqih Ibrahim, Sheikh Abdul Rahman, Sheikh Abdul Wahid dan Maharaja Lela yang retak namun telah diperbaiki semula. Diteliti kepada bentuk batu nisan ini ia di sebutkan ada hubungan dan pengaruh dari Turki. Hubungan Aceh dengan Turki Uthmaniyyah sangat akrab. Aceh di masa pemerintahan Iskandar Muda meminta bantuan daripada Turki Uthmaniyyah untuk bantu dalam perang melawan Portugis di perairan selat Melaka.

DSC_0437

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dokumentari Ulama Nusantara: Masjid Raya Bait al-Rahman

Tiba di Banda Aceh pada 1 Jun 2015 sebagai destinasi pertama penggambaran. Untuk Trip 1 ini lokasi ditumpukan kepada Pulau Sumatera dan sebahagian Jawa (Jawa Barat)

Rencana penggambaran 1-17 Jun 2015. Tiba di Bandara Aceh pada 1 Jun 2015 sebagai destinasi pertama penggambaran. Untuk Trip 1 ini lokasi ditumpukan kepada Pulau Sumatera dan sebahagian Jawa (Jawa Barat). Kami menggubakan khidmat travel agen Geat Wall (Pak Mahlizal)

DSC_0425 DSC_0410 Destinasi pertama ialah Masjid Baitul Rahman, sebuah masjid yang cantik dengan seni binanya yang menarik menyimpan banyakhazanah sejarah mengenai Islam dan ulama nusantara. terletak di tengah-tengah bandar Banda Aceh. Dikenali masyarakat sebagai masjid kebal kerana semasa tragedi Thunami melanda pada 2006 masjid ini dikatakan terselamat walaupun air thunami melanda dengan arus deras ketinggian pokok kelapa, hanya menyusul ketepi kiri dan kanan masjid ini seolah-olah mengelak daripada terkena masjid. ramai penduduk lari menyemalatkan diri masuk ke dalam masjid ini semuanya selamat, subhanallah.

masjid ini dibina semasa Sultan Alauddin Mahmud Shah pada 1292M yang kemudian diperluas oleh sultan berikutnya khususnya Sultan Iskandar Muda. Selain tempat ibadat masjid ini juga sebagai tempat pendidikan. Pada zaman kegemilangan pendidikan kebanyakan ulama akan singgah dahulu di Aceh sebelum sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Makkah dan Madinah. Seperti berlaku kepada Sheikh Daud al-Fatani dan beberapa orang ulama lain. Atas kegemilangan tersebut Aceh dikenali dengan Serambi Makkah.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

bershoping di Brunei

DSC_0475

Bunyinya mungkin pelik kenapa nak bershoping di Brunei, tetapi itulah hakikatnya berlaku pada aku tempohari. orang mengenali brunei sebagai negara kaya yang mana rakyatnya memilih negara luar untuk bershoping, orang fikir Brunei tak banyak pilihan untu kaki shoping, apa lagi kalau orang kita yang terpaksa fikir dua kali untuk beli barang di sana kerana pertukaran mata wang sekali ganda lebih tinggi dari duit kita. aku juga mempunyai persepsi seperti itu. namun sesampai di sana baru-baru ini, ada kawan kawan pelawa untuk pergi beli belah, aku naik heran, dia kata kalau nak beli kain sutera belilah di Brunei, murah, cantik dan berkualiti tinggi, walaupun harga tersebut ditukar kepada wang kita. kain cotten yang harga 120 di sini, di brunei cuma 25 ringgit kira 60 ringgit malaysia. ada juga kawan yang pergi sana siap tempah baju Melayu, blezer. blezer satu suit cuma 50 ringgit brunei. jadi kalau ada kawan-kawan ke brunei boleh sedia duit lebih sikit untuk tujuan beli belah selain daripada berjalan-jalan.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

misteri kehilangan MH370

belum jumpa lagi, dan selepas 48 jam kehilangan masih belum ada tanda pesawat ditemui. hari ini dah ubah pendekata daripada mencari pesawat kepada mengaitkan ada unsur-unsur keganasan dimana ada pandangan ketua polis negara mengatakan tidak menolak pesawat dirampas. pesawat mas MH370 hilang dari kawalan selepas terbang dua jam lebih, membawa penumpang 240 orang bersama 12 anak kapal. pilot seorang berpengaman berusia 51 tahun dibantu oleh pembantu juruterbang bersia 32 tahun. Zaharie Ahmad Shah dikenalpasti sebagai juruterbang pesawat MAS hilang MH370 awal pagi tadi. Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing mula menghadapi masalah apabila hilang & tidak berjaya dikesan sekitar 2:40 pagi oleh radar. Malangnya…Zaharie Ahmad Shah memiliki lebih daripada 18,000 jam pengalaman di udara

penumpang kapal kebanyakannya adalah rakyat China (150) dan Malaysia (60)

terukla MAS lepas ni, dua minggu lepas keluar kenyataan MAS rugi i.6 belion, minggu ni pesawatnya hilang pula. pelbagai rumusan dan komen diberikan. ada pandangan yang nakal mengatakan kehilangan MAS sebagai satu balasan kepada kerajaan kerana memenjawa Anuar Ibrahim selama 5 tahun. sehari sebelum kejadian berlaku pembicaraan kes liwat DSAI dengan Bukhari. Mahkamah memutuskan DSAI dipenjara lima tahun.

Mengimbas tragedi sebelum ini, Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan.

Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya.

Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.

Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.

Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru itu telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

sejarah tilawat al-Quran di malaysia

suatu yang menarik mengenai islam di malaysia ialah penganjuran tilawat al-quran. kira tak pernah lagi mendengar tilawah al-quran diadakan di negeri-negeri lain kecuali di Malaysia. kira kalau nak diukur dengan acara ini maka malaysia merupakan negara islam la sebab negara lain tidak mengenjurkan tilawah walaupun mereka kaya dan ada banyak kemdahan. kira susah juga nak menganjurkan tilawah ini kalau tidak dirancang dengan betul memang tak jadi la, apa tidaknya nak kena jemput, sediakan tiket, penginapan, kalau dulu la sekarang tak tahu munkin mereka ini di taja. tahun ini dimenangi oleh peserta dari indonesia (qari) dan dari Moroko (qariah) ini pun menarik juga sbb tak pernah rasanya moroko menyertai tilawah ini tp bila sekali dia masuk terus dapat johan, sampai menangis la peserta dari moroko tu.

menarik minat aku nak tulis mengenai sejarah tilawah al-quran ini ialah ada kiatn sedikit sebanyak dengan kajian aku. dalam tesis aku mengenai sheikh wan sulaiman yang merupakan ulama disegani di Kedah, beliaulah yang mula-mula mengadakan majlis tilawah al-quran ini, dulu orang panggil musabaqah, kemudian ni baru tukar kepada tilawah, alasannya al-quran itu bukan pertandingan (musabaqah), tp apapun dapat hadiah dan markah juga.
wan sulaiman merupakan sheikh al-Islam dan imam masjid zahir. masjid ini dibuka pada 1912 selepaans tiga tahun pembinaan. semasa pembukaan ini sultan abdul hamid menjadi imam. wan sulaiman mengadakan pengajian al-quran setiap malam di masjid. pada bulan ramadan diadakan tadarus dan juga tilawah sekali. lama-kelamaan semakin maju. seorang guru al-quran yang dijemput khas dari makkah iaitu sheikh Ibrahim al-Ibyari dilantik menjadi guru al-quran atau masyarakat kedah panggil “guru pelendik” al-Quran.
kali pertama diakan majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa ini ialah pada 1960 masa tu wan sulaiman sudah meninggal. pertandingan ini johan jatuh kepada peserta dari Kedah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kunjungan ke Brunei

Foto diambil di Makam Diraja Brunei


Dah lama aku tak keluar negara, maklumlah sibuk sikit katakan, lagi pun banyak perkara perlu diselesaikan paling penting tesis aku. Namun kalau duk fikir kerja banyak sampai bila pun tak habis. Kali ini aku berpeluang mengunjungi Brunei. Dah lama berniat nak melawat negara berpemerintahan Islam ni apa lagi mengenali tamadunnya, tapi tak berpeluang. Pada kali ini pergi bersempena dengan penyertaan dalam Wacana Pendidikan Islam ke-9 yang dianjurkan bersama oleh KUPU dan UKM. Aku jarang melepaskan peluang dalam wacana ini. Kertas kerja aku berkait dengan “Peranan ulama dalam membangun pendidikan Islam di Kedah”, ala tajuk yang ditarik sedikit dalam tesis aku.
Tiba di lapangan terbang Brunei, pagi (naik air asia) merubah persepsi aku, berlainan dengan apa yang digambarkan, lapangan terbangnya lengang sahaja. sampai di bandar juga macam tu, mungkin aku tidak sampai ke pusat bandar betul. Aku tinggal di hotel bajet maklumlah nak tinggal di hotel mewah harganya mahal sangat sampai mencecah RM 500.00 semalaman. Ok la biliknya bersih memuaskan. (hari ini merupakan majlis perkahwinan puteri sultan Brunei)
Sebagai pencinta sejarah, aku banyak mengetahui sejarah brunei melalui buku sahaja, justeru peluang berkunjung kali ini tidak boleh disia-siakan. Mesti teroka sebanyak mungki. Sini susah nak dapatkan pengankutan awam untuk pergi ke mana-mana maklumlah semuanya berkereta besar-besar. Selepas berehat sekejap dalam bilik aku turun untuk mencari tempat mana-mana yang boleh aku kunjungi. Aku pusing-pusing kawasan hotel terpandang papan tanda makam diraja, aku menuju arah itu rupanya betul tidak jauh di situ ternampak kawasan yang cantik dijaga dengan baik seolah bangunan masjid. Alangkah bertuahnya dapat pergi ke tempat ini. di sini menempatkan bekas sultan-sultan brunei dan orang kenamaan. Alangkah terkejut rupanya di sini ada tersimpan batu seperti batu bersurat Salasialah Brunei. Aku meminta kebenaran untuk mengambil foto dan diizinkan oleh penjaga makam di situ. Salasilah ini bukan sahaja merakamkan asal usul sejarah brunei tetapi merupakan bukti sejarah kedatangan Islam ke Brunei. Dalam catatan, salasilah ini seorang sultan iaitu Awang Alak Batatar, sultan brunei terawal memeluk Islam.
Tidak jauh dari situ terdapat bangunan masjid yang cantik.

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

semester baru bermula

setelah bercuti panjang, tidak mempunyai student, hari ini (9 Sept) bermula semester baru sem 1 2012/2013. betapa pantasnya masa bergerak, berlalu tanpa sedar, dihitung-hitung, tidak banyak dibuat. janji dengan supervisor nak siap satu chapter tak sempurna juga, masa banyak habis dengan periksa kertas, bagi markah, jaga periksa PBJJ, periksa kertas dan hantar markah PBJJ, dan satu lagi menyelia LAI pelajar di Pinang. rancang nak siapkan bab VI tesis aku tapi tak siap juga. betapa aku sedar tidak mudah menggunakan masa sebaiknya, ada sahaja cabaran yang menghalang kerja yang dirancang, semoga Allah permudahkan. sem ini aku mengajar PJ1263 Perang Salib, PJ1153 Sejarah Islam dari 11-656, dan untuk sarjana pula aku mengajar PC6253 Tamadun Islam.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment